Friday, January 29, 2010

JOM BACA LAGI...!!!




Salam perjuangan kepada penziarah2 blog penulis... kali nie penulis nak brkongsi sebuah buku yang sangat best yang baru je penulis baca bberapa hari yang lepas...rugi kalau x baca... nie sedikit sinopsis tntg buku " online dengan Tuhan"..


“Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar”

Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu.

Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.

Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan. Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.

Prakata
Bab 1 : Internet Itu Makhluk, Allah Itu Khalik
Bab 2 : Wahyu Tanpa Wayar
Bab 3 : Browser al-Quran
Bab 4 : Sekiranya TuhanKeluarkan Bil
Bab 5 : Allah Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan
Bab 6 : Uzair dan Isa bukan anak Tuhan
Bab 7 : Jangan Sebarangan Kata Tuhan Ada Anak!
Bab 8 : Bukan Semua Yahudi Jahat
Bab 9 : Zionis dan Perang Siber
Bab 10 : Apabila Modem Dipanah Petir
Bab 11 : Ini Zaman Global, Mengapa Bercakap Soal Remeh?
Bab 12 : Macam-macam Ada dalam Internet
Bab 13 : Katakan ‘Tak Nak’ untuk Porno
Bab 14 : Sekiranya Skrin Dapat Berkata-kata
Bab 15 : Terlajak Jari, Tergigit Jari Sendiri
Bab 16 : Hantu Internet Vs Hantu Perempuan
Bab 17 : Internet sebagai Media Dajal
Bab 18 : Anut Islam selepas Chatting uslim American
Bab 19 : Muslimheritage.com
Bab 20 : Harunyahya.org
Bab 21 : Makanan Mempengaruhi Personaliti
Bab 22 : Haram Makan Harta Anak Yatim
Bab 23 : Orang Sembahyang Disayangi Tuhan
Bab 24 : Bisikan Pendoa Didengari Tuhan
Bab 25 : Berjalanlah Menuju Tuhan,Tuhan Datang dengan Berlari
Bab 26 : Klik Connect untuk Cinta
Bab 27 : Mengerjakan Haji selepas Memeluk Islam
Bab 28 : Ayahku Penjenayah, Bagaimana Diriku?
Bab 29 : Kebahagiaan Menurut Pak Hamka
Bab 30 : Wanita Bahagia Menurut al-Qarni
Bab 31 : Apabila Rasa Susah, Ramai yang Lebih Susah
Bab 32 : Klik Makruf Delete Mungkar
Bab 33 : M.U.J.A.H.A.D.A.H: Sembilan Huruf Penutup Bicara


Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Dialah yang memiliki kuasa mutlak memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dia ‘memuat turun’ al-Quran menerusi nabi Muhammad sebagai panduan dan manual hidup buat seluruh manusia. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad, keluarga baginda dan seluruh sahabat.

Kalimat ‘online’ merujuk kepada perhubungan dengan Tuhan yang lebih hebat melampaui teknologi ‘online’ yang ada pada hari ini. Perhubungan manusia dengan Tuhan sudahpun bermula sejak nabi Adam mula diciptakan – hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal. Nabi Adam beserta nabi-nabi yang lain di samping para solihin memberi teladan bahawa hubungan manusia dengan Tuhan adalah sebagai makhluk dengan khalik, hamba dengan tuan, si papa dengan si kaya, dan si pacal hina dengan sang maharaja.

Buku ini selain daripada mahu menyentuh betapa mustahaknya hubungan akrab manusia dengan Tuhan, juga mahu mengajak pembaca mengagungkan Allah sebagai Tuhan pencipta dan pentadbir semesta alam, pemberi nikmat dan rezeki, serta penetap syariat sebagai protokol yang mesti diakuri dan dipatuhi. Selain itu, buku ini secara tegas mahu agar golongan muda dan remaja khususnya memanfaatkan teknologi online internet, 3.5G dan seumpamanya sebagai wahana untuk meningkatkan rasa hamba dan darjat iman.

Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan teknologi, teknologi akan basi. Cintakan Tuhan, Tuhan kekal abadi. Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.

Friday, January 22, 2010

Malulah kalian...!!!

kali nie penulis ingin brkongsi satu artikel yg penulis terbaca dlm blog sahabat penulis...


Setahun sudah berlalu.. 27/12/08, satu tarikh keramat yg sangat diingati oleh seluruh dunia HANYA KETIKA ITU, namun tidak sampai setahun saja dengn mudah dilupakan.. Namun, tetap ada yg masih mengingati, malah membuat satu perhimpunan memperingati tarikh ini. Anda tidak perlu bangga dengan adanya perhimpunan ini, malah anda patut rasa sangat malu! mahu tahu kenapa?

Ini kerana perhimpunan memperingati Gaza itu bukan diadakan di negara Islam, tetapi di London!

Jadi, bagaimana anda? Saya boleh jamin, 8/10 drpd pembaca sekalian sudah lupa akan tragedi 27/12 ini bukan? Heh, inikah yg kita banggakan sebagai seorang Islam..? Apa yg berlaku senang saja dilupakan . Hampeh! McD & KFC pun dah penuh.. Tak kira lagi Starbuck dn Nike.. (ozz.. asal tibe NIke?)..

Meskipun saya pernah mengatakan, sumbangan kewangan kita langsung tak menjadi kepentingan kepada Israel, namun itu semua simbolik kepada sikap kita yg menunjukkan kita memang sudah lupa akan Palestin.. Yang masih ikut ideologi Yahudi sambil kononnya membela nasib Palestin tak kurang juga.. Semuanya menghampakan..

-McD,KFC,Starbucks,Nike,Nokia,Nestle,Kraft,Coca-Cola,Pizza Hut,Disney,Kit-Kat,Nescafe, arghh!- Susah bukan?

yg berideologikan hedonisme, cara hidup org kafir?

-Akademi Fantasia,MyStarz LG,Raja Pop,Tom-Tom Bak,Macam2 Aznil,Sehati Berdansa,Malysian Idol,One in A Million, ARghhh!- Memang susah gile nak mati.. kan?

"Dunia itu penjara bagi orang mu'min dan syurga bagi orang Kafir. Akhirat pula penjara bagi orang Kafir dan SYurga bagi orang mukmin"

Saturday, January 16, 2010

Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju ALLAH..




Ketahuilah wahai mawar mujahidah,
Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن
Tahukah dikau mawarku?
Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri. Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Mengertilah duhai mawar mujahidah,
Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi. Sabda Rasulullah s.a.w:
ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب
‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’
Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati. Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi. Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!
Dan kini hai mawar,
Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?
Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…
Nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Thursday, January 14, 2010

HOSTEL OH HOSTEL..



Salam perjuangan kepada semua sahabat2 penulis, pelawat2 yg sudi menziarahi blog pnulis dan penulis juga mendoakan kesejahteraan dan keamanan kpd saudara2 seakidah yg sedang bertarung nyawa,berjuang mewakili seluruh umat Islam di muka bumi ini untuk mngembalikan syiar Islam,semoga panji2 Islam akan kembali berkibar pada suatu ketika nnti..Save Al-Quds..!!

Entry kali nie, penulis just nak brkongsi cerita dgn pembaca2,mngenai hostel student...penulis juga seorang hostel student..yes,since form one.. macam2 crita,pngalaman kenangan yg penulis dpt spnjang pnulis brada di jajahan tanah air astrimasi... sekarang nie penulis dj jd FIVERS.. tHE Oldest Ukhti in astrimasi..!! n bakal mnempuhi satu ujian dunia yg sngat getir pada insya Allah....november nie..Sijil Pelajaran Malaysia...
kepada sahabat2 perjuangn sekalian.... aja-aja fighting!!!! FUH! cuaknye rase.. skunk nie dh 2 minggu mnempuhi hari prsekolahan yg agak mletihkan...dn student barunye, program orentasinye n so on lah.. dan yg pling best, tahun nie, all the fivers tlah dicampakkan di tingkat 4, mrangkap tingkat yg pling atas..alamatnye, smua fivers akn mnjadi krus sblum ambil spm.. i wish..tp best jgak, dpt la save duit ckit drpd mmbazir kat kntin dan koperasi skolah..dan bleh la mnikmati keindahan panorama bukit enggang yg trsergam indah...

sedar x sedar dh 5 tahun,pnulis mnjadi muslimah yg blajar di bumi smkas nie.. trlalu bnyak pngalaman dan new things yg pnulis peroleh spnjang berada kat cni..dan this year, tahun last penulis study kat cni, thanks to ukhti2 yg bnyak mmbntu spnjang pnulis mnjadi junior di sini,cikgu2, kepada sahabat2 sekelas, 1 darul naim. 2 darul naim, 3 darul naim, 4 ibnu khaldun, 5 ibnu rusyd(bru 2 minngu) dan semua sekali thanks 4 being my fren..prjuangan kita bukan berhenti di sini, tp ingatlah bnyak lagi tanggungjawab yg mesti kita lakukan..(2:30)..... aiseh ayat mcm dh tinggalkan sekolah dh brtahun2 plak.. penulis masih teringat akan suatu peristiwa yg x dpt dilupakan, masa tu, penulis form 4, sahabat2 pnulis ramai yg akan brpindah,mmbawa haluan ke sbp, antaranya sahabat yg pling rapat dgn pnulis alyana, pnulis sdeyh sngat saat2 sahabat pnulis nak pindah, pagi jumaat tuh semua form 4 brkumpul kat bilik prep bg meraikan shbt2 yg akan brpindah, semua orang emosi,tgkap leleh smbil dgr nasyid,sdeyh sngat time tu. pastu ptg tu, shbat pnulis pn dh nk berangkat tinggalkan tanah air smkas,mula ru pnulis control sempoi je, hntar shbat pnulis kat kereta, elok je dia prgi, trus pnulis nangis smpai nk rebah, nasib baik la ade 2 org lg shbt pnulis yg tlong pimpin pnulis... aduh malu btoi..!!! tp live must be go on...! every cloud have a silver line..( btul ntah kata2 nie..nie, kena study bi btul2 dgn mdm rosmah) itu semuanya hanya knangan..

yg ni story pasal pngalamn waris yg x tnggal diasrama,tp anak2 tinggal di asrama....awal tahun nie, pnulis agak sdeyh kerana adik penulis yg prtama, turut mnjadi hostel student...bru 3 hari je, adik pnulis kt bumi selangor.. first children in my family yg blajar luar drpada ngri jelapang padi..!! Hari isnin lpas,11 Januari, ibu,abah, dan adik penulis yg bongsu tlah mnghantar adik pnulis ke tanah jajahan Cyberjaya..trkilan jgak x dpt nk hntar asbab, pnulis dh jd fivers,spm this year,klu pnulis tinggal shari skolah ibaratnye, sbulan nk kna cover blik...uish, x sanggup! yg form 4 pnya subject pn x trcover lgi, ni yg bru pulak..aduh!! berbalik kpd cerita adik pnulis... bila pnulis pulang ke rumah smalam, suasananya sunyi giler...slalunye dgr lah pperangan adik2 brebut main game, berebut remote control, berebut kerusi dan mcm2 lg lah.tp.....x der dah skarang..tinggal sdik pnulis yg bongsu jer kat umah, x kan lah dia nak main aci rebut remote control dgn abah pnulis, tu alamatnye nnti ada yg kena petua penampar kiri flamming tuh...alahai, sunyi yg teramat sngat...bila pnulis tngok tv, tringat kat adik pnulis yg first tu..ye lah slalunye ade jgk pneman smpai lewat malam...tp, x der dah..nk kna tnggu school breaks la.. klu pnulis stay up smpai late night, dia la yg slulu temankan tp skunk ni x dak plak...td bila pnulis nak prgi dapur tlg ibu pnulis... tiba2 jer pnulis dgr ibu pnulis mnangis...

Penulis: Ibu, knpe ni ibu..? ibu nangis ek..?


Ibu: eh, mne ade ibu nangis... bawang msuk mata nie..


Penulis: ye lah bawang.. ibu ingat kat tini ye..?

Ibu: mne ada.. btul bawang msuk mata nie..

Penulis: ye la tu.. ana tau, ibu ingat kat tini nie.
.

Ibu: nak buat mcm mne.. slalunye, tini lah yang duk tlong ibu kat dpur, klu awak ade kat asrama.dia yg tlong potong bawang,cabai,sayur.

.
Penulis: ala ibu nie, knpe nk sdeyh2 nie.. tini pi sana bknnye nak mlancong, dia pi blajaq..tini bru jer pi seminggu.. ibu dh missick..(taram jer)

Ibu; ye lah, sunyi rumah nie.. awak dgn hanif dah duduk jauh, tini lagi jauh, kat selangor tu.. awak x per la,2 minggu skali blik, tini, 2,3 bulan bru blik..


Penulis: la, x per la ibu, anak2 ibu pi blajar.. klu study dkat2 x best la ibu, klu study jauh2 bleh blajar culture org mcm mne,environment dia, kan ibu..?( dgn harapan ibu penulis x sdeh2 lg)

Ibu: Iye lah sangat tu..

Penulis: x per la ibu, nnt ana boleh blik tiap2 minggu, so x lah sunyi sngat rumah nie..

Itu lah antara perasaan seorang ibu apabila anak2 brjauhan tp sntiasa dekat di hati.. aduhai... baru sminggu, x per la, makin lama insya Allah ok lah tu..pnulis pn aci kluar air mata jgak mase tgh kemas dapur lps lunch td.. slalunye, pnulis just buat acara mncuci shja.. n adik pnulis tlg kemas dpur,blik2 pnulis kena buat dua2 skali...adui..
Masih segar di ingatan penulis, penulis sempat mngadakan kem persediaan ke asrama kat adik penulis, ala2 program orentasi gitu..i wish.. mcm mne nk bsuh baju, lipat baju dlm loker,iron baju, kemas katil, kemas loker, kemas buku,solat2 sunat,hormat senior, n all about hostel life... best jugak masa jd jurulatih.. aci main arah jer.. semoga adik penulis dpt mngaplikasikan apa yg dia pelajari slama sminggu dkat tanah jajahan seri puteri nnT...

Ila my habibti ukhti ya Aina Fatini bt Ahmad Fakhruradzi, kak ana sntisa mndoakan yg terbaik dan kejayaan yg cemerlang kat anti.. smoga trus tabah mgharungi liku2 seorang hostel student.. jadilah junior yg solehah.. always remember that u r not alone there because Allah is always with u my ukhti..anti ialah muslimah yg belajar,seimbangkanlah dunia wal akhirat..

wallahua'lam...

Sunday, December 27, 2009

Doraemon.... Upin dan Ipin, betul! betul! betul!...

DORAEMON


Ketika itu, saya bersama sahabat saya sedang menikmati Nasi Goreng Ayam di sebuah restoran di Kampung Jawa, Klang. Menjeling sebentar ke kaca televisyen. “Mari Bertarannum rupanya, lama aku tak tengok.”, bisik saya di dalam hati. Lamunan saya terhenti apabila abang Roti Canai (senang dipanggil begitu kerana sejak dari mula kedatangan saya, dia menebar roti canai) menukar channel Astro. Jari jemarinya laju menekan punat dan akhirnya terhenti…UPIN DAN IPIN.


“Ada ke orang nak tengok…?”, fikir saya.

Seorang pelanggan awal 30-an saya kira, mula berhenti menyuap nasi dan merenung kaca televisyen tanpa berkelip. Hehe…Abang pun minat Upin Ipin? Ingatkan anak saudara saya saja. Kemudian, pelanggan itu tersengih-sengih sendirian. Itu baru situasi pertama. Banyak lagi situasi yang saya alami sejak melandanya fenomena UPIN dan IPIN. Seorang bapa dan seorang ibu sanggup berdiri di kaki lima di gerai jualan CD cetak rompak bersama anak mereka untuk menonton Upin dan Ipin di televisyen yang disediakan. Juga tersengih-sengih…Parah juga ni!.
Saya juga pernah terfikir tentang method pendidikan orang Jepun pada anak-anak mereka. Melalui apa? Kartun yang cukup popular, Doraemon.


TARBIYYAH 1
Doraemon digambarkan sebagai kucing dari masa depan. Ia sentiasa mendapat apa yang dihajatinya melalui poket kecilnya itu. Suatu doktrin yang cukup berkesan…Apa yang kamu hajati, kamu pasti akan mendapatnya!


TARBIYYAH 2
Doraemon juga sedia membantu Nobita jika dalam kesusahan. Satu lagi doktrin yang amat berkesan…Walaupun kita berada di atas, jangan lupa orang di bawah!

TARBIYYAH 3
Nobita selalu dibuli Giant dan Sinyu disebabkan dia lemah dari segi fizikal dan pelajaran. Oleh itu, sentiasalah rajin mengulangkaju dan berusaha untuk menjadi bangsa yang maju dan tidak dipandang rendah. Lihatlah bangsa Jepun sekarang…Berbalik kepada Upin dan Ipin, kita dapat lihat, satu lagi penerapan pendidikan terhadap anak-anak. Satu usaha yang cukup menarik dan kreatif. Upin dan Ipin adalah watak common ataupun simbolik bagi kanak-kanak di Malaysia. Nakal tetapi patuh pada orang tua, sentiasa ingin mencuba, patuh pada agama dan mesra dengan sesiapa sahaja. Pelbagai nilai murni diterapkan dalam filem animasi itu sejajar dengan usaha mendidik anak-anak Malaysia ke arah yang lebih baik.

TARBIYYAH 1
Upin dan Ipin menyembunyikan kaca mata nenek. Mereka memberi report card dan meminta nenek menandatanganinya. Kakak terlihat report card yang penuh dengan warna merah (ertinya, kebanyakan subjek adalah gagal). Akhirnya, mereka dimarahi kakak kerana cuba menipu nenek. Apa yang dapat dipelajari? Jangan menipu…nanti kena marah. Tak baik tipu orang tua-tua, berdosa!

TARBIYYAH 2
Mereka tidak pernah malu mengeluarkan pendapat malah yakin dalam berkata-kata. Itulah ciri-ciri seorang pemimpin.

TARBIYYAH 3
Ucapan “Selamat pagi Cikgu!” (dengan intonasi/irama yang agak lucu) memang sinonim dengan peminat filem animasi ini. Secara tidak langsung, ia mendidik generasi muda menghormati guru dan sentiasa menggembirakan guru.Sabda Nabi S.A.W, Muliakanlah orang yang kamu belajar darinya”Semoga filem ini dapat membentuk generasi masa depan yang lebih berakhlak mulia, berpegang teguh dengan agama dan memimpin Malaysia ke arah yang lebih sempurna.

Begitu mudah mendidik remaja kini (jika dibentuk dari kecil, bukan 'disuap' hari-hari seperti kini), cukup mudah juga jika hendak merosakkan mereka. Jangankan suatu hari nanti kita menyesal...Anak muda nak itu, diberi. Anak muda nak ini, semua diberi. Mengapa? Kerana mereka bakal pemimpin katanya.Tugas siapa ya? Fikirkan...

Matlamat menghalalkan cara..





Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Ana nak berkongsi sedikit bahan yang ana terbaca dalam blog seorang sahabat... jom baca..

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.


Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?



MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing. Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing. Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu. Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian.



HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen