Friday, January 29, 2010

JOM BACA...!!




Salam perjuangan kepada penziarah2 blog penulis... kali nie penulis nak brkongsi sebuah buku yang sangat best yang baru je penulis baca bberapa hari yang lepas...rugi kalau x baca... nie sedikit sinopsis tntg buku " online dengan Tuhan"..


“Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar”

Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu.

Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.

Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan. Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.

Prakata
Bab 1 : Internet Itu Makhluk, Allah Itu Khalik
Bab 2 : Wahyu Tanpa Wayar
Bab 3 : Browser al-Quran
Bab 4 : Sekiranya TuhanKeluarkan Bil
Bab 5 : Allah Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan
Bab 6 : Uzair dan Isa bukan anak Tuhan
Bab 7 : Jangan Sebarangan Kata Tuhan Ada Anak!
Bab 8 : Bukan Semua Yahudi Jahat
Bab 9 : Zionis dan Perang Siber
Bab 10 : Apabila Modem Dipanah Petir
Bab 11 : Ini Zaman Global, Mengapa Bercakap Soal Remeh?
Bab 12 : Macam-macam Ada dalam Internet
Bab 13 : Katakan ‘Tak Nak’ untuk Porno
Bab 14 : Sekiranya Skrin Dapat Berkata-kata
Bab 15 : Terlajak Jari, Tergigit Jari Sendiri
Bab 16 : Hantu Internet Vs Hantu Perempuan
Bab 17 : Internet sebagai Media Dajal
Bab 18 : Anut Islam selepas Chatting uslim American
Bab 19 : Muslimheritage.com
Bab 20 : Harunyahya.org
Bab 21 : Makanan Mempengaruhi Personaliti
Bab 22 : Haram Makan Harta Anak Yatim
Bab 23 : Orang Sembahyang Disayangi Tuhan
Bab 24 : Bisikan Pendoa Didengari Tuhan
Bab 25 : Berjalanlah Menuju Tuhan,Tuhan Datang dengan Berlari
Bab 26 : Klik Connect untuk Cinta
Bab 27 : Mengerjakan Haji selepas Memeluk Islam
Bab 28 : Ayahku Penjenayah, Bagaimana Diriku?
Bab 29 : Kebahagiaan Menurut Pak Hamka
Bab 30 : Wanita Bahagia Menurut al-Qarni
Bab 31 : Apabila Rasa Susah, Ramai yang Lebih Susah
Bab 32 : Klik Makruf Delete Mungkar
Bab 33 : M.U.J.A.H.A.D.A.H: Sembilan Huruf Penutup Bicara


Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Dialah yang memiliki kuasa mutlak memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dia ‘memuat turun’ al-Quran menerusi nabi Muhammad sebagai panduan dan manual hidup buat seluruh manusia. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad, keluarga baginda dan seluruh sahabat.

Kalimat ‘online’ merujuk kepada perhubungan dengan Tuhan yang lebih hebat melampaui teknologi ‘online’ yang ada pada hari ini. Perhubungan manusia dengan Tuhan sudahpun bermula sejak nabi Adam mula diciptakan – hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal. Nabi Adam beserta nabi-nabi yang lain di samping para solihin memberi teladan bahawa hubungan manusia dengan Tuhan adalah sebagai makhluk dengan khalik, hamba dengan tuan, si papa dengan si kaya, dan si pacal hina dengan sang maharaja.

Buku ini selain daripada mahu menyentuh betapa mustahaknya hubungan akrab manusia dengan Tuhan, juga mahu mengajak pembaca mengagungkan Allah sebagai Tuhan pencipta dan pentadbir semesta alam, pemberi nikmat dan rezeki, serta penetap syariat sebagai protokol yang mesti diakuri dan dipatuhi. Selain itu, buku ini secara tegas mahu agar golongan muda dan remaja khususnya memanfaatkan teknologi online internet, 3.5G dan seumpamanya sebagai wahana untuk meningkatkan rasa hamba dan darjat iman.

Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan teknologi, teknologi akan basi. Cintakan Tuhan, Tuhan kekal abadi. Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.

No comments:

Post a Comment